Jumaat, 6 Januari 2012

KEK VELVET OMBAK RINDU

Assalamualaikum semua!!!
Harap2 korang semua sihat walafiat di tahun baru ni...Cuaca hari ni sgt indah...panas dan terang...Errrmmmm....sebenarnya hari ni sy baru habis keje shift malam.....yeelaaahh....jadi misi (staffnurse) ni, keje x tentu masa..kadang2 keje siang dan kdg2 kene keje malam...hheeee..hee itulah keje...nak tak nak kene keje jugak...kalau tidak, nak makan apa dik oiii....so pg tadi tidolah sekejap bg hilangkan rasa mengantuk...tp dlm kepala nie nak sgt cuba buat kek ni...sy namakan kek ni kek velvet ombak rindu! mengancam x nama dia???? hhheee..heee....kalau nama dia dah mengancam,rasa dia tentulah mengancam jugak....best! Sebenarnya resepi asal kek ni dr resepi kek velvet ombak beralun dr sorang blogger yg sy dah lupa.......so sy ejasla ckit resepinya..coz dlm hati sy nak buat ombak rindu bukan ombak beralun...dan alhamdulillah ombak dia menjadi sepertimana yg sy idamkan...
Sembang punya sembang, apakata kita tengok resepi dan step2 cara nak membuatnya....bg yg berminat nak buat, selamat mencuba! Kek ni bagus bg yg kurang gemar kek yg manis....asyik makan kek yg manis je...apa kata kita cuba buat kek ni pulak utk kesihatan kita bersama....Okies!
So..layanzzz.....


ni la ghupa kek velvet ombak rindu...mengancam x???
Jom selongkar step by step cara nak buat kek ni.....


5 biji telur Gred A dr peti sejuk


1 cwn gula halus


2 cwn tepung gandum,1 sudu kecil baking powder(diayak)


1 sudu kecil esen vanilla,1 sudu besar ovellete


1/2 sudu kecil garam


3/4 cwn susu sejat(sy guna susu segar full cream)


10 sudu besar mentega(dicairkan)


mentega yg telah dicairkan


pukul kesemua bahan2(KECUALI MENTEGA DAN PEWARNA)
hingga kembang dan sebati....pastu masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan adunan sehingga
rata.....


serbuk koko + milo


bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan


adunan yg telah diwarnakan


ratakan adunan bewarna pertama(merah) ke dlm loyang yg telah digriskan


ayak serbuk koko+milo di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi
lapisan pertama tadi


lapiskan pula adunan bewarna ke dua(kuning) dan tabur serbuk koko+milo....ulang langkah utk adunan bewarna ke tiga(hijau)...hingga lapisan terakhir adunan bewarna (oren) TANPA ditabur serbuk koko+ milo...tutup loyang kemas2 dgn aluminium foil yg telah disapu mentega.Kukus selama 45 minit hingga masak..Bila dah masak,buka segera aluminium foil dan biarkan kek sejuk...Bila kek dah sejuk,barulah boleh dipotong dan dihidangkan....


Inilah rupa kek ni bila dah masak....













SELAMAT MENCUBA!!! KEK VELVET OMBAK RINDU!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan